Tuesday, December 21, 2010

tiada tajuk

salam semua..

berhabuk dah blog aku nie..lately quit busy aku nie..biasalakan akhir tahun..mana nak wat bonus wat budak2 nie lagi..task tetiba ja dari hq..nasib baik bertanya, kalau tidak, tidak berbonus la depa2 nie..actually aku tak ada mood sama nak menulis nie..okey la ek..salam sayang semua.. 
















                                                                         aku impikan ebm aku sebanyak ini..

Thursday, December 2, 2010

MAKAN KENTANG BOLEH KURUS?

aku macam tak percaya saja bila baca Kosmo ini hari..aku macam nak ikut ja akn cara nie..berat aku pon macam dah di pam-pam ja nie..kang tak pasal-pasal tak boleh pakai jeans macam biasa..takkan nak pakai kain batik atau kain kot...bukan aku la tue...

CHRIS VOIGT duduk dekat beberapa ubi kentang.

WASHINGTON - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.
Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69 mata.
Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya.
Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu. - Agensi

Thursday, November 25, 2010

GIVEAWAY PERTAMA YAYA




JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA YAYA!! 
GIVEAWAY INI DIBUAT SEMPENA HARI JADI YAYA 1 DISEMBER NANTI

SYARAT-SYARATNYA JUST KLIK CNI..


Wednesday, November 24, 2010

BABYWEARING

           salam semua..tadi dok berjalan2 jumpa pulak pasal babywearing nie kat cni.ini hari mahu bercerita pasal babywearing..kebetulan semasa aku balik kampung husband tue hari aku beli la majalah pa ma..ada pulak tunjuk babywearing nie..husband pon cerita la pasal aku yang gunakan babywearing wat bb Nia masa berjalan kat family dia..boleh pulak mak mertua aku cakap macam orang asli ja rupanya..hampeh jakan..aku pon bagitau sama mak mertua aku "mak tau dak, lanie bde nie dah di komersialkan..omputeh pon dah pakai tau..idea memang dari orang asli"..aku ingat lagi masa aku adik aku kecik2 lu, arwah makcik aku mesti mengendong adik aku guna kain batik lepas. my hubby cakap macam org indonesia gamak nya.

nie la rupa kaum org asli yang pakai babywearing edisi kain batik lepas..

omputeh yew edisi  sambil breasfeeding

Tuesday, November 23, 2010

KAHWIN SUDAH

           salam semua..kembali lagi ok..raya haji sudah setel, kambing kerbau lembu sudah selamat masuk perut aku, so tiba masa nak berblog kembali..hahaha..raya hari itu ada 2 kenduri aku attend. satu yew sepupu my hubby masa raya k'3 kawin yew..izat ngan norma..muda lagi mamat nie..tapi rezeki dia kan..ada yang nak kawen sangat2 tapi tak boleh pulak nak kawen kan..hello!!sabar la kan..


satu lagi kenduri kawen, my dearest friend pujah merkuza kat Perlis..kawan aku masa poly lu..kawan berpoya-poya.aku happy sangat2 dia nie dah kahwin dan aku sedih sama pasal dia dah kahwin coz pasni kami ngak bisa berpoya-poya lagi.hahah..aku sayang minah nie sangat-sangat.

pujah ku sayang..ececeh..

bb nia dengan babah yew..kenyang kami makan kat umah kenduri..kiki



Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA SEMUA!!!aku bakal offday sampai next monday..lama giler kau bercuti kan..bak kata laki aku, bukan selalu lik kampung kan..erhmmm..ya ka?ops!!hahahha..so aku bakal beraya di rumah mertua ku..lalalala~~~jom semua kita pulang..tatata

Friday, November 12, 2010

PAPA & BABY CONTEST ..

ada GA lagi aku mahu join!!!hoye..hoye..kali nie pasal Papa & baby contest..
mahu tau dia yew rules & condition sila klik sini ja k..


so aku pon decide letak gambar nie..


NAMA DADDY : KHAIRI KAMARUDDIN
NAMA BABY : AIRISYA KARMILA DANIA
UMUR : 1 TAHUN 4 BULAN
good luck babah & baby nia!!

TOP CHEF versus MASTER CHEF?

            Salam semua..lately aku suka sungguh tengok program realiti pasal makanan..1st yang aku follow gila-gila adalah Top chef..pukul 7.05PM sure aku dah tercongok depan tv dengan remote di tangan picit channel 701..aku paling best tengok dia yew host Padma Lakshmi, sooo hot..Hindu tau minah nie..best betul la program nie..malam nie final untuk season 3..aku dah follow dari season 1 okey..ini pasal chef2 yang beradu tenaga akal tenaga dan skill tunjuk bakat depa masak dalam masa tempoh yang ditetapkan..dan aku dah tau pon sape yang menang malam nie..haahha..meh google jap cni..

 

          Master chef lak aku baru ja tengok masa balik rumah tadi..nie program baru channel 711..baru 2 episod main..tahun nie gak baru terbit..baru kuar dari oven babe..kalau Top chef pasai chef-chef yang handal dah masak, master chef pulak pasal amatur2 punya tukang masak..so cuba korangsuma bayangkan kalau depa-depa nie kena suruh masak masakan yang depa tak tau..bukan ke haru jadinya..contoh macam tadi, tak pernah masak masakan cina,then kena masak..just imagine!!!so kena la terkeluar 2 orang participant. dia yew host lak yang wat realiti dapur neraka tue la Gordon Ramsay..mau tahu la kan, dia cmner..aku pon dah tau sape yang menang..kiki..
          

             pada pandangan mata kasar aku lakan, aku ingat master chef nie lagi best dari top chef..kenapa? pasalnya master chef tue tukang masak amatur babe, bukannya pro ye tukang masak..suma task boleh buat..iamginasi di gunakan untuk menghasilkan kreativiti dan skill..top chef tu dah tentu depa suma tahu masak..nak cari yang da best antara depa ja..masak kena perfect babe..cannot raw tau..no messy messy..so tulah conclusion yew..tapi tak kesah pape pon, yang aku hot sekarang nie top chef season 4 mula main dah kat 701..waktu sama lak tue ngan 702..sadis toi aku..so happy watching ar..

wajah bosan anak dara aku pabila tengok tv bersama ku..sowy baby Nia..

Tuesday, November 9, 2010

Contest bayi nangis

lagi sedang bersiar-siar terjumpa pulak Contest bayi nangis nie kat blog cik fiza ...nie baru pertama kali nak masuk contest..hopefully ada la luck 1st nie..Bismillah..


so ini la hasilnya bila anak dara aku dok teriaq..

NAMA BAYI: AIRISYA KARMILA DANIA BINTI MOHAMAD KHAIRI
NAMA IBU: AIN RAHIM
TARIKH LAHIR : 09 JULAI 2009

Friday, October 29, 2010

kepentingan penyusuan susu ibu

salam hari jumaat!!
         sememangnya aku bercita-cita tinggi mahu menyusukan BB Nia pai umur 2 thun..aku berdoa semoga cita-cita aku nie dimakbulkan.dengan susu ibu nie, kit dapat mengeratkan lagi kasih-sayang kita..jom kita tengok apa kepentingan susu ibu nie..

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi
  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor @ my.bengkung.com

Thursday, October 28, 2010

mertua vs menantu

assalamualaikum..
   
          actually aku ter terjah Eila punya blog and ada entry pasal mertua menantu nie kan..aku tetiba jadi insaf lak kan..sobsob...kena sayang mak mertua kita macam kita sayang mak kita tau..tak boleh nak lebih kurangkan depa nie..(cik Eila, kita copy and paste yew awak punya entry tue)...

         Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mertua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.  Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
//
      Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mertuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
 
 

Wednesday, October 20, 2010

20102010

            wah!!!cantik tertarik kau memang the boom la kan tarikh hari ini..beruntung la mana-mana mahluk yang nak amik berkat guna tarikh nie..hehehe..dengan tarikh nie tidak la membawa sebarang makna buat aku kan..ianya hanya nombor yang akan berlalu tanggal jam 12 tengah malam ini..betul ke aku cakap ni?layan saja la kan..
          macam biasa la kehidupa kita ini..ada pasang surut nya..yang muda become veteran, yang mungil jadi la macam dah tak cukup kolagen..hahaha..aku pakai petik ja apa yang terlintas di fikiran aku ni..sudah la tidak relate dengan apa yang aku tulis kan..
         mahu pergi surau sudah aku nie..mahu solat dan pumping..aku ini kan exclusive breastfeeding mum!!!  kelas gitukan..jangan la skip waktu mahu mengepam..minum air mesti banyak, istiqamah itu penting..jom rakan-rakan sekalian..

go green!!

Monday, October 18, 2010

ini hari isnin

      ini hari sudah tanggal 18hb Okt..sekejap saja masa berlalu..hari yang nyaman ini hari..pagi-pagi sudah hujan yang maha lebatnya..mr.hubby boleh pulak pergi kerja lambat..aku gak g keja maca mbiasa..jeolus saja rasa hati aku menengok nya lagi tergolek kat katilkan..kalau la ini hari bukan khari kerja, mahu gak aku tergolek sama.sejuk giler sangat-sangat..sampai ja office, nasib baik tepat2 pukul 8 pagi..selamat tak kena punch card merah..kalu tidak, kena la amsuk ngadap abg ros..
     bb dania, tunggu lagi kan,dengan babah nya tidur dia pon mengikut sama. packing barang baby dania untuk bawak pergi rumah pengasuh lepas mandi baru aku buat. hangat kan sup sayur nya dengan bekalkan ebm. kebetulan kemari sabtu, aku  bawa baby nia g klinik..dia asyik tergaru-garu kepala saja. rupa-rupanya baby nia suspect allergy la pula. disebabkan still breastfeed, aku pon kena la pantang sama..ikan, ayam, daging, mak nenek yang boleh menggatalkan badan kena la aku tidak makan buat sementara waktu..poor me and baby nia..
    sekarang nie, tunggu mr. leong plumbing mahu datang rumah..ada la pula leakage kat saluran bilik air..lepas ja amndi mesti air nya menitis-nitis di car porch. hopefully sumanya dapat di selesaikan semua ini hari. rimas gak rasa kalau camtu..if tak ada tetamu datang rumah tak apa juga. kalau kata mak mertua aku datang camner?takakan aku nak biarkan kebocoran melanda..tak ka haru jadi yew..
   okey la suma.. go green!! 
    

Friday, October 15, 2010

let's party started!!

hai uols!!
     cewah..mcm ada la readers aku nie..haha..setelah sekian lama aku tidak berblog nie kan (pasal aku dah lupa pasword ye kan) jadinya ini hari aku mula la balik..aku asyik membaca ja kan blog org, nak buat dari hari terlupa till today baru la dapat create yew..sadis sunggoh kau
    entah ape yang aku nak menuliskan pun tak tahu..janji layan ja kan..owh yea, ini hari Jumaat bersamaan esok cuti..haha..pukul 4 nti aku mahu mendengar la ape la azimat-azimat yang bakal tuan perdana menteri nak kasi sama kami si orang gomen ini kan masa Belanjawan 2010..bukan berharap tapi mengandaikan kiranya dapat la pape increment ke ape kan..haha..(kerja yew entah apa-apa tapi ada hati mahu itu ini) hadoi aku ini..belanja sudah meningkat, mak aku dok kampung pon kalo dapat gaji belanja tak cukup gak..duduk kampung ke bandar belanja di TESCO juga..harga sama saja..
    tetiba mahu pulak makan kek macam kat mat gebu punya blog..Fifie cakap mahu buat,aku ini mahu buat juga..tapi tengok la esok macam mana kan..sok sabtu mahu mengemas rumah (aku kena mengemop, sapu rumah, tukar cadar baru),basuh baju bb Nia lagi..dapat la jugak aku buang kalori..sudah ada tummy nie.. langsir pulak entah bila aku nak basuh dengan tukar baru..kalau aku request kat MR.Hubby sure taknak kasi punya kan..kalo g jakel, nagoya ngan ellyza mesti aku terliur punya..kena tunggu raya tahun depan lah kalu itu macam..luv ue Mr.Hubby!!
    apa lagi mahu aku taip..itu jelah kan, lagi mahu ngobrol-ngobrol sama kawan-kawan..bye uols!!! pape pon, go green world!!!