Wednesday, May 16, 2012

Terapi Al Quran : Cara paling cepat banyakkan susuibu?


QUOTE FROM MY MENTOR.
===================================

Dunia susuibu adalah satu dunia yang menarik untuk diterokai. Banyak kajian yang dilakukan apabila mendapat tahu khasiat susuibu bukan sahaja bagus untuk pembesaran anak tetapi kesan jangka panjang lain yang diperolehi ialah anak yang mempunyai jiwa yang halus, memahami si ibu , penyayang dan berkeyakinan.
Walau bagaimanapun, untuk berjaya dalam dunia penyusuan, si ibu perlu seimbang kesihatannya dari segi fizikal dan rohani. Banyak hari ini yang menekankan tentang kesihatan fizikal ibu semata-mata tanpa menekankan aspek kerohanian.
Anak yang membesar dari susuibu ditambah ibunya yang banyak membasahi bibirnya dengan zikrullah dan ayat-ayat suci Al Quran akan mempunyai jiwa yang tenang, lebih tawaduk dan berkeyakinan. Zikrullah dan ayat-ayat suci yang dibaca ketika menyusu atau ketika mengepam akan disalurkan kepada si anak melalui susuibu dan disitulah terbentuknya hati yang dekat dengan AL Khaliq. Bayi-bayi ini biasanya sangat tenang, tidak mudah meragam dan lebih mudah dibentuk peribadinya.

Dalam dunia hari ini ramai ibu yang menganggap supplement itu adalah satu-satunya cara nak banyakkan susu. Paling menyedihkan bila mereka gagal mendapat hasil yang diharapkan kesan dari mengambil supplement tersebut, terus mengatakan supplement itu tidak berkesan dan tidak bagus. Hakikatnya supplement atau vitamin itu hanyalah makanan jasad semata-mata.

Santapan rohani sangat penting membantu ibu itu berjaya dalam penyusuan. Jiwa yang tenang, melahirkan semangat yang berkeyakinan tinggi untuk meneruskan perjuangan penyusuan susuibu. Bersama ini saya sertakan amalan-amalan rohani yang saya amalkan untuk menjayakan penyusuan secara lengkap buat dua anak saya.

Surah.
Saya suka mengamalkan surah yang membuka banyak pintu rahmat dan rezeki, iaitu surah Yasin dan Surah Al Waqiah. Jika anda sibuk sekalipun, cuba amalkan membaca surah Al Waqiah sekali sehari tak kisahlah malam atau siang.
Mengapa surah ini? Surah ini lebih dikenali sebagai surah pembuka rezeki. Susuibu itu adalah rezeki. Perlu mohon pada Yang Esa lagi Maha Pemberi, semoga dibukakan pintu rezeki si anak melalui susuibu.

Zikrullah
Saya suka amalkan zikir ini sepanjang menyusu....ini pun saya dapat dari buku Asmaul Husna.

Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Banyakkan la membaca selawat Tibb.

Makna selawat ini cukup jelas, ia penawar kepada masalah dan penyakit yang melibatkan hati. Hati yang dimaksudkan termasuklah rasa marah, malas, kecewa dan putus asa. Bagi ibu yang menyusu, semoga penyakit hati ini tidak merosakkan niat baik untuk menyusukan anak dengan selengkapnya.

Hakikatnya banyak lagi amalan yang bagus diamalkan semasa menjayakan penyusuan dan membantu banyakkan susuibu, tetapi saya kongsikan amalan yang ringan dan mudah diamalkan agar ibu2 diluar sana turut mendapat manfaat dunia dan akhirat.

Semoga dengan amalan2 kerohanian ini membentuk hati anak yang tawaduk pada Ilahi, insyaALLAH.

Monday, May 14, 2012

Solid Food

Salamz..

lama kan tak hudate blog usang nie..terjenguk2 ja selalu.nak menaip yew, malas tahap gaban. okez, today nak citer pasal solid food. actually bb Khalish already turn to 6 month, means dah boley makan!!tapi, kena cukup 180 hari yew baru boleh kasi makan. tak boleh la simply nak kasi makan. 1st ever solid food y ku beri adalah  pisang lenyek..kikiki..my hubby dok tegur bila nak bagi makan kan, so semalam nasib baik la ada pisang emas di bawa belajar..ececech..so 1st time makan agak terkulat2 juga la bb khalish tue..tapi tak abes pon makan yew. tapi masa makan malam, alhamdulillah abes pulok..syukran2..sulam sulamkan ngan my EBM, bukan air masakhokey..budak2 bwh 6mth tak elok minum air masak. apa kejadah yew nak bagi air masak kalo ada EBM y boleh diberikan. OPs!!terkasar bahasa pulop..ini carta untuk solid food bb Khalish..disebabkan semalam x kuar, jd pisang la jadi taruhan. balik opis jap g baru nak g JJ beli epal fuji wat bb Khalish. so sok ai update lagi yew cara2 yew..ewah2 kan..steamer pon beli dah kat Tupperware..harusla kan..


Thursday, March 29, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak



1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah


* Saidul (penghulu) istighfar


* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

kdt-scaniaz


Friday, March 23, 2012

Faith Friday: Salawat


Sallallahu ‘alaihi wa Sallam heard a man supplicating during  prayer but did not ask for prayers upon the prophet. So Sallallahu ‘alaihi wa Sallam said: “This one was hasty”. And he called him and told him and others: “To ask The Lord, you should start by thanking and praising The Lord, then ask for prayers upon the prophet, then you pray for whatever you wish”.