Thursday, January 27, 2011

Shaklee food supplement

Alhamdullillah..yang di hajati telah kunjung tiba..kemarin order Nutriferon dari Kak N, pagi semalam dah ada dalam tangan..yipie!!!sukanya hati sangat..apa lagi kan terus ja amik gunting, godek2 lu then terus chat ngan Kak N tanya camner mahu makan then terus ngap!burp..Nutriferon nie sebenarnya adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster..nape amik? w'pon aku nie fully BF, namun  Lil Nia masih kerap demam, dan demam berpanjangan.So Kak N mencadang kan aku amik nie. lagipon besday aku dah lepaskan, so aku pon menghadiahkan Nutriferon nie wat diri aku.yang lebih membahagiakan adalah my hubby telah menghadiahkan Combo B as a birthday present!!!waduh2..happy nya sangat2. tue yang dapat manyak doorgift dari Kak N. Alhamdullillah, mr.hubby begitu support BF wat Lil Nia..then,jengjeng..ada delivery dari Shaklee..my Combo B just arrived!!!I'm soooo excited..

Nutriferon in da house!!c/w doorgift yang membuatkan Lil Nia kegumbiraan

lepas ja ngap sebungkus Nutriferon, teruja pump.inilah hasilnya..
2nd pumping after lunch hour
fresh from oven tau!!
Combo B
muka keriangan dapat hadiah..





pape pon, kalian semua jom layan video nie ok.. Mr.Hubby bersenam ngan Lil Nia..


Friday, January 21, 2011

Susu Ibu Bernutrien Penuh

Sumber: myMetro

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  •  Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Kebaikan lain:

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.
Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, January 19, 2011

yo soy Betty, la fea

salam semua..

   last night tengok last episod off Ugly Betty..aku mula tengok cerita ni masa mula2 telenovela yo soy Betty, la fea. then berepisod pulak..aku tak pernah la missing tengok.ending yew Betty a.k.a America Ferrera leaving mode to move to London for a new career, leaving the world of fashion behind. then Daniel Meade ada hati sama itu Betty.before Betty leaving to London so touhcing..aku menangis kau tahu..soo sad kononnye.tapi macam hanging saja ceritanya.hopefully ada session 5 pulak lepas ini..lepas ni malam selasa aku pasti boring tanpa Ugly Betty..my hubby mesti tersenyum sampai telinga coz dah tak payah nak gaduh2 berebut channel.

before transform

pre-transform

walllah!!
       
familia Betty Suarez         



the cast

SYILING JATUH DARI LANGIT

APA YANG SEBENARNYA JADI EK?           

depa nie tengah kutip syiling kat highway tau..kenderaan pembawa syiling telah kemalangan petang semalam di PLUS Pedas. lalu depa nie mengambil kesempatan la kan atas musibah orang lain. tapi baik kita berbaik sangka kan, depa nie telah menolong kenderaan pembawa syiling dengan mengutip syiling-syiling itu lalu mengembalikannya..ada benar tak?respon anda?

Monday, January 17, 2011

ibu ...nia lapar la

tiba2 aku dalam dilemma..nak setahun setengah dah, tp apa yang boleh ngan tak boleh kasi makan ek?mana nak boleh kasi suap ja kan..so layan nie..credit dari SusuIbu.com..

koko crunch x pa kot..

Panduan menyediakan makanan kepada bayi.
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon @ ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

menghayau

salam semua..
         ini hari baru boleh mencuri masa ckit mengupdate blog..actually nie n3 pending..nak cter pasal g melaka awal bulan nie..kebetulan mahu menghantar adik ipar g study kan, so sambil menyelam, minum la air..haha..so biar gambor2 tue menceritakan ok apa y jadi..

kat kat umah kedah..

wajib berada di rumah SELANGOR!!!

 empunya belog:P

 kami b'posing, tengok la muka bb nia tue kan..



 2 gambar ini menunjukkan perbezaan yang ketara..apakah itu?
anda tafsirkan sendiri..













:P

sempat gak snap pict sebelum pulang kat hotel oldskol nie..


Tuesday, January 4, 2011

Besday giveaway

 
MARILAH SEMUA JOIN GIVEAWAY NIE OK...!!!!
BESDAY AIN BAKAL TIBA 24hb JANUARI NIE..

SYARAT PENYERTAAN:        
  • Jadi follower saya 
  • Letakkan blog saya di list blog anda
  • Tag seorang kawan anda..
  • Tempelkan pict atas nie kat sidebar anda yew dan linkkan tau dengan blog kita..
  • Buat satu entri pasal giveaway ni dan tinggalkan komen di entry ini yang mengandungi nama dan link entry anda...



HADIAHNYA ADALAH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 TUMBLER LOVE IN THE CITY by TUPPERWARE
so lepas nie anda semua boleh bawa bekas air nie g mana2 tau..
 
TARIKH TUTUP: 31st Januari 2011 

TERIMA KASIH SEMUA..