Friday, October 29, 2010

kepentingan penyusuan susu ibu

salam hari jumaat!!
         sememangnya aku bercita-cita tinggi mahu menyusukan BB Nia pai umur 2 thun..aku berdoa semoga cita-cita aku nie dimakbulkan.dengan susu ibu nie, kit dapat mengeratkan lagi kasih-sayang kita..jom kita tengok apa kepentingan susu ibu nie..

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi
  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor @ my.bengkung.com

Thursday, October 28, 2010

mertua vs menantu

assalamualaikum..
   
          actually aku ter terjah Eila punya blog and ada entry pasal mertua menantu nie kan..aku tetiba jadi insaf lak kan..sobsob...kena sayang mak mertua kita macam kita sayang mak kita tau..tak boleh nak lebih kurangkan depa nie..(cik Eila, kita copy and paste yew awak punya entry tue)...

         Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mertua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.  Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
//
      Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mertuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
 
 

Wednesday, October 20, 2010

20102010

            wah!!!cantik tertarik kau memang the boom la kan tarikh hari ini..beruntung la mana-mana mahluk yang nak amik berkat guna tarikh nie..hehehe..dengan tarikh nie tidak la membawa sebarang makna buat aku kan..ianya hanya nombor yang akan berlalu tanggal jam 12 tengah malam ini..betul ke aku cakap ni?layan saja la kan..
          macam biasa la kehidupa kita ini..ada pasang surut nya..yang muda become veteran, yang mungil jadi la macam dah tak cukup kolagen..hahaha..aku pakai petik ja apa yang terlintas di fikiran aku ni..sudah la tidak relate dengan apa yang aku tulis kan..
         mahu pergi surau sudah aku nie..mahu solat dan pumping..aku ini kan exclusive breastfeeding mum!!!  kelas gitukan..jangan la skip waktu mahu mengepam..minum air mesti banyak, istiqamah itu penting..jom rakan-rakan sekalian..

go green!!

Monday, October 18, 2010

ini hari isnin

      ini hari sudah tanggal 18hb Okt..sekejap saja masa berlalu..hari yang nyaman ini hari..pagi-pagi sudah hujan yang maha lebatnya..mr.hubby boleh pulak pergi kerja lambat..aku gak g keja maca mbiasa..jeolus saja rasa hati aku menengok nya lagi tergolek kat katilkan..kalau la ini hari bukan khari kerja, mahu gak aku tergolek sama.sejuk giler sangat-sangat..sampai ja office, nasib baik tepat2 pukul 8 pagi..selamat tak kena punch card merah..kalu tidak, kena la amsuk ngadap abg ros..
     bb dania, tunggu lagi kan,dengan babah nya tidur dia pon mengikut sama. packing barang baby dania untuk bawak pergi rumah pengasuh lepas mandi baru aku buat. hangat kan sup sayur nya dengan bekalkan ebm. kebetulan kemari sabtu, aku  bawa baby nia g klinik..dia asyik tergaru-garu kepala saja. rupa-rupanya baby nia suspect allergy la pula. disebabkan still breastfeed, aku pon kena la pantang sama..ikan, ayam, daging, mak nenek yang boleh menggatalkan badan kena la aku tidak makan buat sementara waktu..poor me and baby nia..
    sekarang nie, tunggu mr. leong plumbing mahu datang rumah..ada la pula leakage kat saluran bilik air..lepas ja amndi mesti air nya menitis-nitis di car porch. hopefully sumanya dapat di selesaikan semua ini hari. rimas gak rasa kalau camtu..if tak ada tetamu datang rumah tak apa juga. kalau kata mak mertua aku datang camner?takakan aku nak biarkan kebocoran melanda..tak ka haru jadi yew..
   okey la suma.. go green!! 
    

Friday, October 15, 2010

let's party started!!

hai uols!!
     cewah..mcm ada la readers aku nie..haha..setelah sekian lama aku tidak berblog nie kan (pasal aku dah lupa pasword ye kan) jadinya ini hari aku mula la balik..aku asyik membaca ja kan blog org, nak buat dari hari terlupa till today baru la dapat create yew..sadis sunggoh kau
    entah ape yang aku nak menuliskan pun tak tahu..janji layan ja kan..owh yea, ini hari Jumaat bersamaan esok cuti..haha..pukul 4 nti aku mahu mendengar la ape la azimat-azimat yang bakal tuan perdana menteri nak kasi sama kami si orang gomen ini kan masa Belanjawan 2010..bukan berharap tapi mengandaikan kiranya dapat la pape increment ke ape kan..haha..(kerja yew entah apa-apa tapi ada hati mahu itu ini) hadoi aku ini..belanja sudah meningkat, mak aku dok kampung pon kalo dapat gaji belanja tak cukup gak..duduk kampung ke bandar belanja di TESCO juga..harga sama saja..
    tetiba mahu pulak makan kek macam kat mat gebu punya blog..Fifie cakap mahu buat,aku ini mahu buat juga..tapi tengok la esok macam mana kan..sok sabtu mahu mengemas rumah (aku kena mengemop, sapu rumah, tukar cadar baru),basuh baju bb Nia lagi..dapat la jugak aku buang kalori..sudah ada tummy nie.. langsir pulak entah bila aku nak basuh dengan tukar baru..kalau aku request kat MR.Hubby sure taknak kasi punya kan..kalo g jakel, nagoya ngan ellyza mesti aku terliur punya..kena tunggu raya tahun depan lah kalu itu macam..luv ue Mr.Hubby!!
    apa lagi mahu aku taip..itu jelah kan, lagi mahu ngobrol-ngobrol sama kawan-kawan..bye uols!!! pape pon, go green world!!!