Tuesday, August 16, 2011

16 days in Ramadhan..

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

            ekekeke..mahu gelak dulu..pagi2 dah kena cuit..senda pagi katanya..cmner pose uols..persiapan raya dah get ready lom? soping baru ckit2 ja nie..last week baru dapat g soping raya kat One Utama (OU). tue pon rasa nyesal ja g cna, coz ingatkan ada 2 store Parkson ngan JJ senang ckit nak buat pilihan..rupa2 nya JJ tengah temporarily closed for renovation..hampeh toi..tau g ja Sunway Pyramid mcm selalu..konon2 nya nak beralih angin la kan..actually ada option nak g The Curve, tp kaki dah over shaking coz penat bertawaf dari new wing ke old wing dia kan so tinggal mimpi jelah..dapat la beli jeans wat hubby, baju + skrit + kasut for Lil Nia.untuk aku? sandal ngan perfume ja.. jadi la..syukur2..tp sblm lik raya nie mahu soping lagi..last minute soping!!!y nie paling suka. sure org dah x kat KL kan..leh la berlenggang kangkong berjalan nti..ekekeke..actually sblm g OU g Taman Ehsan, Kepong lu ada warehouse sale kat Hytex..(nak bg tau ko gak ka aku g cnie?)..y nie mmg best..abes beratus tp bebaloi2..dia jual pakaian brand Disney..tau jelahkan kalo Disney brand tue leh la tahan harganya..tp di cna, hanya y g saja tau bpe dia letak sehelai harganya..aku main rembat jelah apa y aku nak..Mr.hubby nasib bek x marah, pasal murah..ekeeke..banyak beli sebenarnya wat Lil Nia ngan new baby..brg2 wat new baby pon byk dah beli..la tgh sale, beli jelah apa y patut lu..
           Alhamdulillah, bisnes ray tahun nie berjalan macam biasa..masih lagi dapat sambutan dari customer2..mingu nie balik amik stock..nak kena kasi dah by this week..confrm penuh bonet keta..mgu dpn lik dah Kedah..tahun nie turn belah Mr.Hubby..seronok laki aku kan..ekeke..aku pon suka!!pasai makan sure2 banyak..x sabar rasanya nak raya..tp sedihnya, x dapat nak beraya ngan mak sendiri..hopefully ayah mertua cheq carikan lemang mcm raya y dulu tue lagi..ok la ek dear..tatau mau tulis pa..Selamat menyambut haRi Nuzul Quran..banyak kasi tadarus jgn kasi hati gelap..so jgn judge org yang bukan2..elo minah tue, perangai kasi leklok ckit nah..ops!!!suma nya dah planing..dont spoil it dear..ingat nak bg sendiri time raya, tapi x pelah..lmbat x disengajakan, mmg my fault..tqVm..

        

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdullillah..ketemu juga kita pada Ramadhan kali ini..1 Ramadhan permulaan hari yang baru..hahaha..lama tak berbelog, Ramadahan memudahkan segalanya..Pe la nak dimasak time berbuka nie kan..dok mencari resepi x perabes dari td..tapi nasib baik mr.hubby kol bagi tau ini hari tak payah masak..coz dia bemurah hati mahu mencari di bazar Ramadhan..
       cuti kemana semua?hadoi letih nak cerita..1st berangan nak g Sogo hari Sabtu, tapi nasib baik la My BFF kol kasi tau org mcm ulat beluncas kat cna..terus Mr.Hubby cancel mahu g..Jadinya pergi ler Parenthood Expo kat Midvalley..ramai gler umat manusia jugak.cari parking pai 2x pusing gak la..sempat jugak la grab baju wat Lil Nia and baby ang coming soon tue..kiki..Mr.Hubby ketemu ngan Dynas, aku jugak yang kempunan nak jmp..Dynas wat promotion baju nursing dia kat booth Mom's little one. Jmp jugak la sama kak Sue dari Lunatos..nak beli Cloth diapers, duit pulak banyak dah habes wat benda lain..hehehe..sempat gak la singgah designBar amik gmbr and dapat Polaroid nie..

    Pas abes soping kat parenthood expo, masuk lak kat JJ..Mr. Hubby dapat la grab seluar wat g men futsal..Lil Nia nak jugak toys wat dia..sebab kecian belikan la jugak. tp yang malang nya, masa kat umah toys Lil nia tercicir ntah dimana..hadoi..hangin gak la Mr. Hubby..coz dia y bayar kan..AKu lak dapat seketoi ricecooker baru sempena pose..hahaha..sahur nie masak guna new ricecoker u..Tq mr.hubby so muc...nti bebila kita g soping lain ok..

Wednesday, July 13, 2011

ECx!!!






Salam semua..lama dahkan tak update blog nie..hahaha..malas yang teramat sangat sekarang nie nak menaip..btwy, korang semua ada tengok Shodown 2011 kat 8tv tak?actually abis dah episod nie..Pemenang nya pon dah ada..ini cter aku ngan mR.Hubby tak pernah miss pon walaupon satu episod pasal nak tgk Elecoldxhot..diaoraang nie mmg talented gler2..diaorang mmg deserved la menang pon reality series nie..Jom layan aksi depa nie...



 



SEPULUH minggu bertarung bersama 12 pasukan lain selepas sukses melepasi sesi uji bakat, hasil yang diperoleh benar-benar mampu memasyhurkan nama kumpulan yang menggelarkan diri mereka Elecoldxhot atau ECX.
Lebih serasi dengan jenama ECX berbanding panggilan sebenar yang agak merumitkan dari segi sebutannya, perjalanan kumpulan itu berakhir pada hari Rabu minggu lalu pada final Showdown 2011.
Berdepan dengan tiga lawan lain yang mempunyai kekuatan masing-masing iaitu HMC Phlow, Bounce Stepperz dan Rokusteps , ECX nyata membuktikan undian peminat masih berpihak kepada mereka.
Maka, hadiah wang tunai RM50,000 menjadi hak mutlak kumpulan tarian itu, sekali gus mengikut jejak langkah Wakaka Crew selaku penyandang trofi juara Showdown tahun lalu.
Walaupun sudah menempatkan diri mereka antara kumpulan tarian terbaik di Malaysia, ECX memendam hasrat hati yang mendalam untuk meletakkan kedudukan sebenar mereka dalam industri tarian.
Ujar Dennis Yin atau pemilik nama sebenar Yin Zheng Huang yang mengepalai kumpulan itu, perjuangan mereka pada hakikatnya baru bermula dan kejohanan dunia menjadi sasaran mustahak.
"Sasaran kami untuk menyertai kejohanan peringkat dunia yang lebih besar dan lebih ramai pesaingnya, mudah-mudahan gelaran juara Showdown menjadi batu loncatan untuk kami menggapai hasrat itu," akui ahli kepada kumpulan yang ditubuhkan empat tahun lalu itu.
Tambahnya yang pernah memasuki pertandingan tarian So You Think You Can Dance Malaysia musim pertama, pelbagai agenda telah dirancang untuk kumpulannya itu selepas meluangkan masa bersama keluarga sejurus tamatnya pertandingan itu.

PERTARUNGAN dua penjuru antara HMC Phlow dan Elecoldxhot.


"Kami ingin 'membalas dendam' setelah hampir sepuluh minggu berhempas pulas bertarung sehinggakan masa bersama keluarga amat terbatas.
"Peluang selepas memenangi kejayaan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk berehat sebelum kembali beraksi di pentas tari," bicaranya yang ditemui selepas pertandingan akhir Showdown di i-City Shah Alam baru-baru ini.
Popping & locking
Bermula pada minggu pertama lagi, ECX sudah berani menunjukkan taringnya menerusi pergerakan popping dan locking dalam setiap persembahan mereka.
Buktinya, ECX mampu mendominasi kedudukan kumpulan terbaik pada minggu pertama, minggu ketiga hingga kelima dan minggu kelapan sekali gus terselamat daripada pusingan battle sepanjang pertandingan.
Tertunggu-tunggu untuk berentap bersama pasukan lain dalam pusingan battle dan teruja untuk menunjukkan kehebatan tersendiri, kesudahannya ECX berjaya ke pusingan battle akhir.
"Mujurlah sepanjang pertandingan kami berjaya mengekalkan kedudukan daripada tersenarai sebagai empat pasukan tercorot dan akhirnya berjaya mempamerkan skil battle kami ketika pusingan akhir melawan HMC Phlow.

HEBAT. Pergerakan popping & locking antara faktor kelebihan Elecoldxhot.


"Apapun, jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi kami dan izinkan kami meneruskan perjuangan seni tari ini dalam industri," tuturnya yang ditemani air mata kegembiraan.
Locking iaitu menghentikan pergerakan serentak dan menyambung jurus yang sama pada momentum terdahulu sudah sebati dengan diri kumpulan yang dianggotai oleh Yin Zheng Huang, Yap Jin Hou, Ang Joo Yee dan Lin Yit Zhou.
Selain itu, teknik merehatkan otot yang akan menyebabkan anggota badan tersentak-sentak umpama robot atau dipanggil popping menjadi pertaruhan kumpulan itu sejak awal pertandingan.
Memang layak
Menurut juri tetap Joe Flizzow yang menjadikan ECX sebagai pasukan kegemarannya pada Showdown 2011, keupayaan ECX menghidangkan sesuatu yang berbeza setiap kali beraksi merupakan faktor utama kemenangan pasukan itu.
"Corak persembahan mereka pasti berbeza setiap kali mereka muncul di pentas dan penonton akan tertunggu-tunggu kejutan yang bakal mereka cetuskan," ujarnya yang mengagumi kehebatan skil tarian ECX.
Sementara itu, koreografer terkenal Maple Loo yang turut berkongsi tempat dengan Joe berbangga dengan prestasi pasukan itu yang tidak pernah menghampakan.
"Kualiti yang ditampilkan ECX berbeza dengan kumpulan lain dan mereka layak untuk mendapat apa yang sepatutnya," katanya yang optimis dengan peluang ECX pada masa akan datang.

Wednesday, June 29, 2011

kEbaikan pisang


 PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
Khasiat
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
sumber : Kosmo

Sumber: selangor2u

Friday, June 10, 2011

nak makan ape untuk tambah darah

 
 
my bestfren tanya nak makan aper yer untuk tambah darah?.mkn hati ayam?

"..Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia untuk tambah darah.... sedangkan Islam melarang dari memakan hati."

jadi nak ikut mana satu... PASTILAH ikut apa yang diajarkan nabi kita..betul tak..Nabi tak galakkan kita mkn organ dalaman sbb kepekatan toksin tinggi dalam organ dalaman especially hati..dan banyak lagi kemudaratan lain.bukan saje suker2 suruh jgn mkn hati sume2 ni....jadi..... tolonglah kurangkan/elakkan makanan organ dalaman ni....mmglah tak dinafikan nampak mmg menarik hati2 ni....sbb saya pun kadang2 terliur gak mkn hati ayam ni..hik hik.... jadi apa option kita untuk tambah darah??????????.hmmm..makan seafood pn bagus gak mcm kerang..tapi kat sesetengah tempat sumbernye terhad dan mahall..dahlah tu ada yang allergic dgn seafood..so howw. nasihat saya..ambillah supplemen yang sesuai.. dan yang amat2 disyorkan ialah Vitalea~iaitu product pertama by Dr. forest C. shaklee.High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. .Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang...more info baca di sini
..berbalik pada cerita supplemen untuk tambah darah ni..... kan saya kata zat besi(iron ) ni penting kan.. jadi apa fungsi iron(zat besi) ni?.Zat besi membantu dlm pembentukan sel darah merah,membantu pemeliharaan bdn yg sihat,mencegah anemia akibat kekurangan besi 
(sekilas fakta~ zat besi berfungsi sebagai komponen bagi struktur hemoglobin iaitu satu sebatian penting untuk mengangkut oksgen  yg diperlukan dari paru2 ke tisu2 diseluruh bdn.Apabila zat besi yg dibekalkan terlalu sedikit,maka anemia akibat kekurangan zat besi boleh terjadi dan ini mengakbibatkan kelesuan,gangguan konsentrasi dan fungsi imun terjejas)
jadi buat sahabat saya dan yang lain2.. amalkan pengambilan vitalea Shaklee 2 biji sehari..insyaAllah pasti membantu dalam masalah kekurangan darah ni..