Showing posts with label tv program. Show all posts
Showing posts with label tv program. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

ECx!!!






Salam semua..lama dahkan tak update blog nie..hahaha..malas yang teramat sangat sekarang nie nak menaip..btwy, korang semua ada tengok Shodown 2011 kat 8tv tak?actually abis dah episod nie..Pemenang nya pon dah ada..ini cter aku ngan mR.Hubby tak pernah miss pon walaupon satu episod pasal nak tgk Elecoldxhot..diaoraang nie mmg talented gler2..diaorang mmg deserved la menang pon reality series nie..Jom layan aksi depa nie...



 



SEPULUH minggu bertarung bersama 12 pasukan lain selepas sukses melepasi sesi uji bakat, hasil yang diperoleh benar-benar mampu memasyhurkan nama kumpulan yang menggelarkan diri mereka Elecoldxhot atau ECX.
Lebih serasi dengan jenama ECX berbanding panggilan sebenar yang agak merumitkan dari segi sebutannya, perjalanan kumpulan itu berakhir pada hari Rabu minggu lalu pada final Showdown 2011.
Berdepan dengan tiga lawan lain yang mempunyai kekuatan masing-masing iaitu HMC Phlow, Bounce Stepperz dan Rokusteps , ECX nyata membuktikan undian peminat masih berpihak kepada mereka.
Maka, hadiah wang tunai RM50,000 menjadi hak mutlak kumpulan tarian itu, sekali gus mengikut jejak langkah Wakaka Crew selaku penyandang trofi juara Showdown tahun lalu.
Walaupun sudah menempatkan diri mereka antara kumpulan tarian terbaik di Malaysia, ECX memendam hasrat hati yang mendalam untuk meletakkan kedudukan sebenar mereka dalam industri tarian.
Ujar Dennis Yin atau pemilik nama sebenar Yin Zheng Huang yang mengepalai kumpulan itu, perjuangan mereka pada hakikatnya baru bermula dan kejohanan dunia menjadi sasaran mustahak.
"Sasaran kami untuk menyertai kejohanan peringkat dunia yang lebih besar dan lebih ramai pesaingnya, mudah-mudahan gelaran juara Showdown menjadi batu loncatan untuk kami menggapai hasrat itu," akui ahli kepada kumpulan yang ditubuhkan empat tahun lalu itu.
Tambahnya yang pernah memasuki pertandingan tarian So You Think You Can Dance Malaysia musim pertama, pelbagai agenda telah dirancang untuk kumpulannya itu selepas meluangkan masa bersama keluarga sejurus tamatnya pertandingan itu.

PERTARUNGAN dua penjuru antara HMC Phlow dan Elecoldxhot.


"Kami ingin 'membalas dendam' setelah hampir sepuluh minggu berhempas pulas bertarung sehinggakan masa bersama keluarga amat terbatas.
"Peluang selepas memenangi kejayaan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk berehat sebelum kembali beraksi di pentas tari," bicaranya yang ditemui selepas pertandingan akhir Showdown di i-City Shah Alam baru-baru ini.
Popping & locking
Bermula pada minggu pertama lagi, ECX sudah berani menunjukkan taringnya menerusi pergerakan popping dan locking dalam setiap persembahan mereka.
Buktinya, ECX mampu mendominasi kedudukan kumpulan terbaik pada minggu pertama, minggu ketiga hingga kelima dan minggu kelapan sekali gus terselamat daripada pusingan battle sepanjang pertandingan.
Tertunggu-tunggu untuk berentap bersama pasukan lain dalam pusingan battle dan teruja untuk menunjukkan kehebatan tersendiri, kesudahannya ECX berjaya ke pusingan battle akhir.
"Mujurlah sepanjang pertandingan kami berjaya mengekalkan kedudukan daripada tersenarai sebagai empat pasukan tercorot dan akhirnya berjaya mempamerkan skil battle kami ketika pusingan akhir melawan HMC Phlow.

HEBAT. Pergerakan popping & locking antara faktor kelebihan Elecoldxhot.


"Apapun, jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi kami dan izinkan kami meneruskan perjuangan seni tari ini dalam industri," tuturnya yang ditemani air mata kegembiraan.
Locking iaitu menghentikan pergerakan serentak dan menyambung jurus yang sama pada momentum terdahulu sudah sebati dengan diri kumpulan yang dianggotai oleh Yin Zheng Huang, Yap Jin Hou, Ang Joo Yee dan Lin Yit Zhou.
Selain itu, teknik merehatkan otot yang akan menyebabkan anggota badan tersentak-sentak umpama robot atau dipanggil popping menjadi pertaruhan kumpulan itu sejak awal pertandingan.
Memang layak
Menurut juri tetap Joe Flizzow yang menjadikan ECX sebagai pasukan kegemarannya pada Showdown 2011, keupayaan ECX menghidangkan sesuatu yang berbeza setiap kali beraksi merupakan faktor utama kemenangan pasukan itu.
"Corak persembahan mereka pasti berbeza setiap kali mereka muncul di pentas dan penonton akan tertunggu-tunggu kejutan yang bakal mereka cetuskan," ujarnya yang mengagumi kehebatan skil tarian ECX.
Sementara itu, koreografer terkenal Maple Loo yang turut berkongsi tempat dengan Joe berbangga dengan prestasi pasukan itu yang tidak pernah menghampakan.
"Kualiti yang ditampilkan ECX berbeza dengan kumpulan lain dan mereka layak untuk mendapat apa yang sepatutnya," katanya yang optimis dengan peluang ECX pada masa akan datang.

Thursday, May 26, 2011

Season Finale!!!

      Hai semua..lama giler aku tak update blog nie..dah berkulapok jadi nya..aku dah di serang dengan virus nak menaip..gosh!!!tamau la aku bagi berkulapok lama-lama kan..
       Aduhai, korang semua..semalam boleh lupa pulak ada finale American Idol..aku ikut program nie dari mula-mula audition..tp nasib baik la kan, aku tertekan chanel 711...kalo idak, langsung tak update aku..memang marvelous la kan showmanship semalam..My ever fav Scotty McCreery vs Lauren Alaina..I wish that Scooty mesti menang AI nie..Mana yang ikut AI nie, tau jelahkan suara Scooty nie macam mana..ada getaran rasa di jiwa..haha..tapi Lauren Alaina pon apa kurangnya kan..semalam boleh pulak dia dapat 2 vote dari Randy..tp aku suka Jlo masa dia kata, dia pon tatau nak pilih siapa..walaupon dia cakap sblm tue, 1st round amik kat Scotty then 2nd round lak kat Lauren Alaina..but 3rd round??
    Jom kita layan nyanyian Scooty mau dak?Can't wait for the result nie ptg!!2 jam durasi lak tue..jgn lupa nonton yew..

Wednesday, January 19, 2011

yo soy Betty, la fea

salam semua..

   last night tengok last episod off Ugly Betty..aku mula tengok cerita ni masa mula2 telenovela yo soy Betty, la fea. then berepisod pulak..aku tak pernah la missing tengok.ending yew Betty a.k.a America Ferrera leaving mode to move to London for a new career, leaving the world of fashion behind. then Daniel Meade ada hati sama itu Betty.before Betty leaving to London so touhcing..aku menangis kau tahu..soo sad kononnye.tapi macam hanging saja ceritanya.hopefully ada session 5 pulak lepas ini..lepas ni malam selasa aku pasti boring tanpa Ugly Betty..my hubby mesti tersenyum sampai telinga coz dah tak payah nak gaduh2 berebut channel.

before transform

pre-transform

walllah!!
       
familia Betty Suarez         



the cast

Friday, November 12, 2010

TOP CHEF versus MASTER CHEF?

            Salam semua..lately aku suka sungguh tengok program realiti pasal makanan..1st yang aku follow gila-gila adalah Top chef..pukul 7.05PM sure aku dah tercongok depan tv dengan remote di tangan picit channel 701..aku paling best tengok dia yew host Padma Lakshmi, sooo hot..Hindu tau minah nie..best betul la program nie..malam nie final untuk season 3..aku dah follow dari season 1 okey..ini pasal chef2 yang beradu tenaga akal tenaga dan skill tunjuk bakat depa masak dalam masa tempoh yang ditetapkan..dan aku dah tau pon sape yang menang malam nie..haahha..meh google jap cni..

 

          Master chef lak aku baru ja tengok masa balik rumah tadi..nie program baru channel 711..baru 2 episod main..tahun nie gak baru terbit..baru kuar dari oven babe..kalau Top chef pasai chef-chef yang handal dah masak, master chef pulak pasal amatur2 punya tukang masak..so cuba korangsuma bayangkan kalau depa-depa nie kena suruh masak masakan yang depa tak tau..bukan ke haru jadinya..contoh macam tadi, tak pernah masak masakan cina,then kena masak..just imagine!!!so kena la terkeluar 2 orang participant. dia yew host lak yang wat realiti dapur neraka tue la Gordon Ramsay..mau tahu la kan, dia cmner..aku pon dah tau sape yang menang..kiki..
          

             pada pandangan mata kasar aku lakan, aku ingat master chef nie lagi best dari top chef..kenapa? pasalnya master chef tue tukang masak amatur babe, bukannya pro ye tukang masak..suma task boleh buat..iamginasi di gunakan untuk menghasilkan kreativiti dan skill..top chef tu dah tentu depa suma tahu masak..nak cari yang da best antara depa ja..masak kena perfect babe..cannot raw tau..no messy messy..so tulah conclusion yew..tapi tak kesah pape pon, yang aku hot sekarang nie top chef season 4 mula main dah kat 701..waktu sama lak tue ngan 702..sadis toi aku..so happy watching ar..

wajah bosan anak dara aku pabila tengok tv bersama ku..sowy baby Nia..