Showing posts with label breasfeeding. Show all posts
Showing posts with label breasfeeding. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Terapi Al Quran : Cara paling cepat banyakkan susuibu?


QUOTE FROM MY MENTOR.
===================================

Dunia susuibu adalah satu dunia yang menarik untuk diterokai. Banyak kajian yang dilakukan apabila mendapat tahu khasiat susuibu bukan sahaja bagus untuk pembesaran anak tetapi kesan jangka panjang lain yang diperolehi ialah anak yang mempunyai jiwa yang halus, memahami si ibu , penyayang dan berkeyakinan.
Walau bagaimanapun, untuk berjaya dalam dunia penyusuan, si ibu perlu seimbang kesihatannya dari segi fizikal dan rohani. Banyak hari ini yang menekankan tentang kesihatan fizikal ibu semata-mata tanpa menekankan aspek kerohanian.
Anak yang membesar dari susuibu ditambah ibunya yang banyak membasahi bibirnya dengan zikrullah dan ayat-ayat suci Al Quran akan mempunyai jiwa yang tenang, lebih tawaduk dan berkeyakinan. Zikrullah dan ayat-ayat suci yang dibaca ketika menyusu atau ketika mengepam akan disalurkan kepada si anak melalui susuibu dan disitulah terbentuknya hati yang dekat dengan AL Khaliq. Bayi-bayi ini biasanya sangat tenang, tidak mudah meragam dan lebih mudah dibentuk peribadinya.

Dalam dunia hari ini ramai ibu yang menganggap supplement itu adalah satu-satunya cara nak banyakkan susu. Paling menyedihkan bila mereka gagal mendapat hasil yang diharapkan kesan dari mengambil supplement tersebut, terus mengatakan supplement itu tidak berkesan dan tidak bagus. Hakikatnya supplement atau vitamin itu hanyalah makanan jasad semata-mata.

Santapan rohani sangat penting membantu ibu itu berjaya dalam penyusuan. Jiwa yang tenang, melahirkan semangat yang berkeyakinan tinggi untuk meneruskan perjuangan penyusuan susuibu. Bersama ini saya sertakan amalan-amalan rohani yang saya amalkan untuk menjayakan penyusuan secara lengkap buat dua anak saya.

Surah.
Saya suka mengamalkan surah yang membuka banyak pintu rahmat dan rezeki, iaitu surah Yasin dan Surah Al Waqiah. Jika anda sibuk sekalipun, cuba amalkan membaca surah Al Waqiah sekali sehari tak kisahlah malam atau siang.
Mengapa surah ini? Surah ini lebih dikenali sebagai surah pembuka rezeki. Susuibu itu adalah rezeki. Perlu mohon pada Yang Esa lagi Maha Pemberi, semoga dibukakan pintu rezeki si anak melalui susuibu.

Zikrullah
Saya suka amalkan zikir ini sepanjang menyusu....ini pun saya dapat dari buku Asmaul Husna.

Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Banyakkan la membaca selawat Tibb.

Makna selawat ini cukup jelas, ia penawar kepada masalah dan penyakit yang melibatkan hati. Hati yang dimaksudkan termasuklah rasa marah, malas, kecewa dan putus asa. Bagi ibu yang menyusu, semoga penyakit hati ini tidak merosakkan niat baik untuk menyusukan anak dengan selengkapnya.

Hakikatnya banyak lagi amalan yang bagus diamalkan semasa menjayakan penyusuan dan membantu banyakkan susuibu, tetapi saya kongsikan amalan yang ringan dan mudah diamalkan agar ibu2 diluar sana turut mendapat manfaat dunia dan akhirat.

Semoga dengan amalan2 kerohanian ini membentuk hati anak yang tawaduk pada Ilahi, insyaALLAH.

Monday, November 21, 2011

Monday blues..

Alhamdullillah,
            Akhirnya dapat gak menulis nie ari. bukan apa kan, dalam pantang nie macam-macam nak kena buatkan. sampai tak sempat nak update belog.. fb ja ya ber'update' selalu..syukran semuanya berlalu dengan sempurna. tp pagi td sempat gak layan American Music Award..hahaa..live ko from LA.Taylor Swift menang artist of the year & Adele bolot  3 awards yang ada..sukanya..
            Bb Khalish already free from joundis dlm tempoh b'paantang nie. berkat fully breastfeed. Aku tak ada la sampai nak bagi bb Khalish susu kambing (lagi panaskan bb adala), rendam ngan air bunge apa ntah yang kalo rendam nti airnya kaler purple, jemur kat matahari time pagi dll yang banyak aku dengar. yang pastinya, aku lebihkan penyusuan dengan lebih kerap. masa kena joundis that they, bbkhalish asyik tdo ja. nak tak nak, kena la kejut selalu. lebih kerap aku kosongkan miss.B, yang mana ianya akan membanyakkan lagi production susu.
            Ebm pon sekarang nie Alhamdulillah sudah ada +  90 packet/bottle yang purata ada 5oz/unit. Syukur2 rezeki anak-anak. aku sudah pon menjadi  ibu susuan pada anak sepupu aku. cian ibu nya, production susunya tidak semeriah aku. aku yang penuh dengan sifat pemurah telah bermurah hati untuk berkongsi rezeki yang tuhan bagi ini bersama-sama.. ini bermakna Lil'Nia & bb Khalish sudah ada adik beradik susuan..yew!!
           Freezer yang kat umah mak aku dan umah aku sendiri sudah tidak muat nak isi stock ebm. mr.hubby dengan penuh baik hatinya willing to buy another freezer to keep ebm. Tapi yang malangnya , need no wait another 2-4 weeks to arrive becouse out of stock. bertahan sajalah buat masa ini. nak tak nak, my mom kena beli stock makan tiap hari. coz her freezer already full with my ebm stock! sorry mom with love..hehehe
ni ler rupanya Faber Upright Chest Up Freezer 

            Tomorrow, my mother in law akan datang melawat bb Khalish for the 1st time. cian my MIL coz kena tunggu sebulan lebih mahu tengok cucu baru ini. so tomorrow they will come to my mom house..hoyeh hoyeh!!!seronok rasa dapat jumpa depa yang jarang dapat berjumpa nie..tqvm for coming:P
            okez, sampai ketemu lagi..Happy breastfeed semua!!!btw, petang nie jom pakat ramai-ramai sokong team football Harimau Muda baham Garuda( bibik yang tak sedar diri)..Malaysia BOleh!!!aummmmmmmmmmmm.

Friday, January 21, 2011

Susu Ibu Bernutrien Penuh

Sumber: myMetro

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  •  Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Kebaikan lain:

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.
Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Friday, October 29, 2010

kepentingan penyusuan susu ibu

salam hari jumaat!!
         sememangnya aku bercita-cita tinggi mahu menyusukan BB Nia pai umur 2 thun..aku berdoa semoga cita-cita aku nie dimakbulkan.dengan susu ibu nie, kit dapat mengeratkan lagi kasih-sayang kita..jom kita tengok apa kepentingan susu ibu nie..

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi
  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor @ my.bengkung.com