Wednesday, June 29, 2011

kEbaikan pisang


 PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
Khasiat
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
sumber : Kosmo

Sumber: selangor2u

Friday, June 10, 2011

nak makan ape untuk tambah darah

 
 
my bestfren tanya nak makan aper yer untuk tambah darah?.mkn hati ayam?

"..Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia untuk tambah darah.... sedangkan Islam melarang dari memakan hati."

jadi nak ikut mana satu... PASTILAH ikut apa yang diajarkan nabi kita..betul tak..Nabi tak galakkan kita mkn organ dalaman sbb kepekatan toksin tinggi dalam organ dalaman especially hati..dan banyak lagi kemudaratan lain.bukan saje suker2 suruh jgn mkn hati sume2 ni....jadi..... tolonglah kurangkan/elakkan makanan organ dalaman ni....mmglah tak dinafikan nampak mmg menarik hati2 ni....sbb saya pun kadang2 terliur gak mkn hati ayam ni..hik hik.... jadi apa option kita untuk tambah darah??????????.hmmm..makan seafood pn bagus gak mcm kerang..tapi kat sesetengah tempat sumbernye terhad dan mahall..dahlah tu ada yang allergic dgn seafood..so howw. nasihat saya..ambillah supplemen yang sesuai.. dan yang amat2 disyorkan ialah Vitalea~iaitu product pertama by Dr. forest C. shaklee.High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. .Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang...more info baca di sini
..berbalik pada cerita supplemen untuk tambah darah ni..... kan saya kata zat besi(iron ) ni penting kan.. jadi apa fungsi iron(zat besi) ni?.Zat besi membantu dlm pembentukan sel darah merah,membantu pemeliharaan bdn yg sihat,mencegah anemia akibat kekurangan besi 
(sekilas fakta~ zat besi berfungsi sebagai komponen bagi struktur hemoglobin iaitu satu sebatian penting untuk mengangkut oksgen  yg diperlukan dari paru2 ke tisu2 diseluruh bdn.Apabila zat besi yg dibekalkan terlalu sedikit,maka anemia akibat kekurangan zat besi boleh terjadi dan ini mengakbibatkan kelesuan,gangguan konsentrasi dan fungsi imun terjejas)
jadi buat sahabat saya dan yang lain2.. amalkan pengambilan vitalea Shaklee 2 biji sehari..insyaAllah pasti membantu dalam masalah kekurangan darah ni..